Tuesday 24 July 2012

Kelebihan Solat Tarawih

Assalamualaikum w.b.t..

Jadi, hari ini saya ingin berkongsi kelebihan solat tarawih, akhir-akhir ini mood ustazah menebal dalam diri.. bulan ramadhan laa katakan... =)

KELEBIHAN SOLAT TARAWIH DI BULAN RAMADHAN

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Dengan itu, marilah kita bersama-sama menunaikan solat tarawih.. 

Monday 23 July 2012

Tokyo, Japan - 1

Assalamualikum w.b.t...

Jadi, hari ini saya rajin untuk menulis kerna pekerjaan agak tidak membutuhkan diri ini @ tidak buzy... bulan yang sudah-sudah saya bersama yang lain menjejakkan kaki di bumi asing iaitu Japan.. Alhamdulillah, atas izin Allah, selama lebih kurang 6 jam dan 30 min perjalanan 'fly with air asia' tiba jua kami di sini, Japan...

Penuh sangat...

Kelihatan penat...

Jejak sahaja kaki di bumi Japan ini, kesejukan terasa yang amat sangat, maklumla negara 4 musim, ketika di sana, kami berpeluang merasa 2 musim, winter dan spring, tapi tidak berkesempatan untuk melihat keaslian bunga sakura... 


Ini laa bilik saya.. Klasik bukan..

Teksi Japan.. HINOMARU TAXI

Dan ini hanya beberapa keping sahaja, ada beribu lagi yang di ambil, nanti saya share lagi... sampai di sini sahaja, salam...


Salam Lebaran

Assalamualaikum w.b.t.....

Alhamdulillah, saya kembali di sini, rasanya agak lama.. ya, sangat lama... maaf jika masih ada yang sudi baca di sini dan saya kurang menulis lagi... kehidupan serba sibuk... antara dunia dan akhirat, keduanya di cari dan harap ianya dapat seimbang...

Alhamdulillah juga, tahun ni tahun kedua saya menjadi seorang isteri kepada seorang suami yang baik, memahami, bertanggungjawab... ahhhh, tak perlu laa untuk saya nyatakan lebih lanjut, semoga dia yang terakhir dalam hidup saya, amin ya rabbal alamin...

Alhamdulillah, ramai rakan-rakan yang sudah mendirikan rumah tangga, tanhiah saya ucapkan.. dan kunci sebenar-benarnya kebahagiaan rumah tangga adalah apabila kita mendekatkan diri kepada Allah S.w.t... Bukan mau berceramah, tapi kita hidup di dunia ini hanya bersifat sementara, maka hargai laa apa yang kita punya... =)

Alhamdulillah, saya di beri kesempatan lagi untuk bernafas di dunia ini, terima kasih ya Allah....

 Saya


**Salam lebaran... Semoga mendapat keberkatan dan keredhaan dari Nya**