Sunday 28 July 2013

20 Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t..

Hari ini hari isnin, bersamaan 20 Ramadhan, syukur saya masih panjang umur untuk menikmati hidup di dunia ini. Hari ini agak lapang dada dan mental, tidak seperti hari-hari biasa, datang opis, asal jam 8 jak, mental dah koyak.. kesian!!

So, weekend tiada yang menarik, just chill dengan family.. happy sebab adik kesayangan bersama untuk menyambut Aidilfitri, terima kasih Allah.. cuma kurang 2 beradik saja, tapi tak apa, aku dah biasa dengan keadaan itu.. 

Cuti raya.. oh belum di apply, masalahnya, cuti tahunan pun dah habis, agak risau di situ.. tahun ini insyallah settle urusan pemindahan nama untuk rumah yang ditinggalkan oleh Ayahanda tercinta buat keluargaku. Itu punca utama cuti saya dah habis sebenarnya, turun naik mahkmah bukan laa perkara mudah, habis masa, tenaga dan wang. Jadi, saya ingin katakan disini, jika anda mempunyai harta + duit etc, sila menyediakan surat wasiat kepada ahli keluarga (bagi yg belum berkahwin) kepada anak (bagi yg sudah berkahwin dan mempunyai anak). 

Di mana beraya... ini pun masalah juga kepada saya dan En. Suami, sekejap kata di sini, sekejap kata di sana.. eh, macam lagu la plak.. ^_^ belum ada keputusan yang sahih. Hanya menunggu kata bicara dari Big Boss.. Menyambut di mana-mana pun sama sahaja, kedua-duanya keluarga yang tersayang, bezanya mungkin hanya 1, beraya di Kampung dan di Bandar. Al-maklumla, saya berasal dari KK, dan En. Suami dari Tawau, kan jauh tu.. 

Persiapan raya... insyallah, semua berjalan lancar, kecuali kuih-muih..satu pun tak buat lagi, baju raya, dah siap, tinggal ambil dan bayar.. yang lain saya rasa hanya 50% untuk disiapkan..

Ok, dah malas nak menaip, masih ada kerja yang harus disiapkan, aku kan pekerja yang paling rajin, rajin laa sangat.. (angkat tangan kat bahu dan mata tengok atas).. nanti ada orang complaint plak.. Bye.


-Yantie-

Thursday 25 July 2013

Only Because It's You

Ini tajuk Korean Drama yang seluruh family saya akan mengadap TV pada jam 10pm - 12.00am.



Beberapa bulan ini kepala asyik mengarah kepada Korean Drama, malam tiada masa untuk tengok apa yang terjadi di channel lain. Sampai rumah ambil remote control terus tekan channel '393' yang menjadi kegilaan buat masa ini. Mungkin satu hari saya akan rasa bosan juga, tapi entah bila.

Sila lihat preview di sini  http://www.onetvasia.com/shows/only-because-its-you

Agak malas untuk menaip panjang, saya kekurangan idea untuk mengulas lagi lanjut tentang drama ini. klik link untuk tidak pening apabila saya yang mengulasnya.. ^_^

Sekarang pun ada cita-cita tinggi untuk pergi ke Korea. Insyallah, doakan saya.. hanya 1 impian ke sana, untuk jumpa Song Ji Hyo.. hahaha.. ataupun ahli Running Man.. Booo kepada sesiapa yang tidak tahu tentang variety show ini.. 'Running Man'. Sangat famous okey..

Kim Jong Kook, Jaesuk, Kwang Soo, Suk Jin, Ji Hyo, Gary and Haha


Song Ji Hyo the jaguh one..

Ini adalah punca dan penyebab kenapa saya sangat menggilai karya dari 'Korea'.. Daebak!!
Cerita ini tiada kena mengena dengan tajuk, boleh abaikan.. hahaha..

Sekian terima kasih,
Yang benar,
-Yantie-

: tak boleh blah.. hahaha


2013

Assalamualaikum w.b.t...

Untuk pertama kalinya di tahun 2013 ini... feel awkward sangat.. lama tidak menaip di sini..

So, banyak yang terjadi sepanjang tahun 2012 sehingga hari ini.. sukar untuk dimengerti semuanya, tapi mungkin ini sudah ketentuan hidup, harus terima dengan redha. Semoga di permudahkan segalanya..

Manusia kebanyakannya hipokrit.. tapi itu lah manusia, sama macam aku, kau dan mereka semua.. semoga sentiasa sedar kehidupan ini hanya sementara sahaja.

Yaa, bulan ini bulan ramadhan, sesiapa yang tengah baca di sini, saya ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan.. semoga bulan ini membawa keberkatan dan insyallah perubahan yang lebih baik untuk kita semua. Amin.


Semoga berjumpa lagi..
-Yantie-