Sunday 28 July 2013

20 Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t..

Hari ini hari isnin, bersamaan 20 Ramadhan, syukur saya masih panjang umur untuk menikmati hidup di dunia ini. Hari ini agak lapang dada dan mental, tidak seperti hari-hari biasa, datang opis, asal jam 8 jak, mental dah koyak.. kesian!!

So, weekend tiada yang menarik, just chill dengan family.. happy sebab adik kesayangan bersama untuk menyambut Aidilfitri, terima kasih Allah.. cuma kurang 2 beradik saja, tapi tak apa, aku dah biasa dengan keadaan itu.. 

Cuti raya.. oh belum di apply, masalahnya, cuti tahunan pun dah habis, agak risau di situ.. tahun ini insyallah settle urusan pemindahan nama untuk rumah yang ditinggalkan oleh Ayahanda tercinta buat keluargaku. Itu punca utama cuti saya dah habis sebenarnya, turun naik mahkmah bukan laa perkara mudah, habis masa, tenaga dan wang. Jadi, saya ingin katakan disini, jika anda mempunyai harta + duit etc, sila menyediakan surat wasiat kepada ahli keluarga (bagi yg belum berkahwin) kepada anak (bagi yg sudah berkahwin dan mempunyai anak). 

Di mana beraya... ini pun masalah juga kepada saya dan En. Suami, sekejap kata di sini, sekejap kata di sana.. eh, macam lagu la plak.. ^_^ belum ada keputusan yang sahih. Hanya menunggu kata bicara dari Big Boss.. Menyambut di mana-mana pun sama sahaja, kedua-duanya keluarga yang tersayang, bezanya mungkin hanya 1, beraya di Kampung dan di Bandar. Al-maklumla, saya berasal dari KK, dan En. Suami dari Tawau, kan jauh tu.. 

Persiapan raya... insyallah, semua berjalan lancar, kecuali kuih-muih..satu pun tak buat lagi, baju raya, dah siap, tinggal ambil dan bayar.. yang lain saya rasa hanya 50% untuk disiapkan..

Ok, dah malas nak menaip, masih ada kerja yang harus disiapkan, aku kan pekerja yang paling rajin, rajin laa sangat.. (angkat tangan kat bahu dan mata tengok atas).. nanti ada orang complaint plak.. Bye.


-Yantie-

No comments:

Post a Comment