Thursday 30 June 2011

Lepak di mana suka...

Sabtu lepas aritu aku hilangkan bosan sambil mencari barang-barang penting, tapi satu kedai di KK ni langsung takda, jadi aku pun duduk-duduk laaa di mana aku suka.. aku dengan sahabat aku.. KK ni banyak tempat best-best.. aku suka... dan disebabkan aku suka, aku pun petik-petik gambar.. aku suka lagi..

Ni laaa tempat nya, lepak-lepak hilangkan bosan... sambil tengok orang lalu lalang... 

nyaman.. 

ini hanya lakonan semata-mata... jangan tiru aksi ini yaaaaa...

Peberet beg... 

Dekat-dekat sini ok laaa...

Aku dan tiang yang tinggi, menampakkan aku sangat rendah  kan kan....

Bandar KK... 

pink itu sweet... 

dan ini adalah kepunyaan sahabat saya.. 

kedai bunga destinasi lepak terakhir, suka sebab kedai ni comel dan banyak  yang menarik...
Itu jak laaaa yang sempat aku kongsi di sini.. aku pun heran mana part sahabat aku.. dia ni seorang pemalu dan sabar orang nya... saya sayang dia.. oleh sebab saya sayang dia, gambar dia tidak ada di entri ini.. sayang kamu tauk... =)


Trimas....












Friday 24 June 2011

Makan time...

Aku ni memang suka makan mcd especially Double Cheeseburger.. terbaik.... itu hari aku dgn kwn aku pergila lepaks-lepaks sana after business hour 8.00 am - 5.00 pm, korang faham laaa kan... aku ni memang jenis payah sikit nak balik rumah after penat, mesti mau lepak-lepak dulu.. wajib.. balik rumah awal pon tensen juga, jem lagi mo fikir, jadi baik aku diam-diam makan lagi bagus... 

Antaranya

Creamer itu... 

Teman dari kecik.. 

Aku ok jer...

The best..

Dan yaaaa memang aku penggemar setia mcd.. tapi kadang-kadang aku layan juga pizza, and part ni pasal pizza laaa plak... second peberet... aku suka petik-petik gambar jadi puas...

aku suka sup itu, cecah dengan bread pastu tambah cheese powder.. terbaik!!!
Chicken Massala Wit Tuna....

Wajah girang dapat makan pizza.. heeeeeee
Selesai...

Aku memang suka makan, jadi entri ni memang cerita pasal makan sahaja, hari-hari lepas juga aku ada pergi satu tempat bagi aku makanan dia memang original.. sapa-sapa pernah pegi pasti tau.. 


Puding kelapa.. perghhh makan time panas-panas  memang buat aku teruja...

Yang ni kelapa bakar.. aku pernah rasa sekali jer... tapi memang sedap...

ni laa teman aku.. muka bahagia dapat makan puding...
Selesai suda... jadi kalau ada masa lagi aku akan cuba pergi tempat lain plak.. Dan hari ini hari sabtu, aku tetap menjana ekonomi negara.. penat sudah, mengantuk apatah lagi.. sekarang ini aku rasa sangat kekurangan masa untuk merehatkan diri, keluar rumah seawal 6 pagi, dan balik pula selambat 8 malam, kekangan masa membuat aku rasa lelah.. 14 jam tanpa henti.. Biarkan masa berlalu.. agar kita tahu menghargai masa... Sekian


Trimas..






Monday 20 June 2011

Aku Tak Takut Mati, Tapi Aku Tak Nak Mati...

Jadi kemarin adalah hari tengok wayang bagi kaum hawa, aku dan sahabat ku sempat laaa melihat KL Gangster.. Bagi aku filem melayu, sama saja... Ni preview nya...


Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.
Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orangorangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi “Raja” di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.
Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antaraorang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat. 








Aku copy preview ni, malas mo susun kata bicara, untuk lebih tahu, pergilah tengok sendiri, baru rasa puas... 

Trimas...















Friday 17 June 2011

Aku dan Kamu...

Entri ni aku letak gambar jak, jadi jakun sekejap, aku petik2 sekadar hiburan... lihat apa saja, ambil apa yang kau mau... Tapi ingat, aku saja yang berkata-kata di sini...






 Part ni, aku dan sahabat aku bertandang ke majlis perkahwinan sahabat : Subaeda & Sudirman.. Aku memang lari tema, black vs purple... BTW, Tahniah sahabat, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat...



Dan part ini pulak, penghujung untuk hari itu, malam yang sejuk, aku berada di lokasi kejadian, ngeri + takut, semoga aku tidak mengalami nasib yang sama macam pemandu ini.. 


Itu pun suda cukup untuk menggambarkan cerita aku, penat untuk bermadah helah, banyak lagi yang perlu ku fikirkan, semoga saja kita semua dalam keadaan yang baik-baik saja. aku dan kamu.....

Thursday 16 June 2011

Sangat teruja di hari jumaat..

Jumaat lagi.. salam jumaat yaaaaa, kepada kaum adam sila laaa mengerjakan solat jumaat.. sekali untuk seminggu, kenapa perlu banyak alasan, 'nda sempatlaaa' 'banyak kerjala' oh jangan laaa begitu, pahala ok....
Aku pon kadang-kadang lalai juga, manusia.... biasalakan.. tidak lari dari kesilapan itu... maaf...


Jangan cakap banyak laaaa, kau aku sama saja, bezanya aku wanita dan kau lelaki, yang samanya aku hamba, kau juga hamba pada yang ESA... titik... 



Aku hanya aku yang tau... =)


Aku suka... sebab damai...






Jadi, cakap banyak memang nda guna, orang akan cakap mulut puaka, minta simpati, itu ini, tapi biarlaaaa, aku tak peduli semua itu, di sini aku boleh berkata-kata apa yang aku suka dan tidak suka, jadi kau diam...



Trimas...


Wednesday 15 June 2011

Oh Ok....

Bole ka aku sampai ke penghujung yang indah ini...

Mungkin yaaaa dan mungkin tidak...  ^_^"
Agak lama juga aku nda berkata-kata atau bercerita di sini... why??? sebab aku agak bz ... =( oh sedih...
Macam-macam hal berlaku, satu persatu... kadang-kadang rasa lemah, lemas, lelah, lesu dan akhir sekali barulaaa lega.. kalau laaaaaa... Hampa.......


Sekarang ni tempat keja agak jauh, yaaaa sangat jauh, bangun awal suda menjadi rutin sekiranya berkerja, untuk apa??? untuk mengelak jem di jalan-jalan raya yang aku lalui.... oh penat... sebenarnya sudah lama ku fikirkan untuk mencari kerja lain, tapi apa kan daya, Allah S.w.t telah mengatur segalanya, terima kasih ya Allah..


Untuk bulan ini juga, aku akan menjadi warga kerja yang rajin, rimas, resah, risau, rakus, dan banyak ragam... oh benci.... aku bukan suka orang yang hipokrit macam kamu, kau, dia, kalian semua... oh tidak... aku sangat tidak suka ok... biarkanlaaaa kau dengan cara kau yang penuh kepuraan...


Dan akhirnya, sahabat baik saya juga telah menempatkan dirinya di satu posisi untuk mencari pengalaman di dunia nyata ini, Syukur.... Dan biarkan laaa mulut-mulut binasa di luar sana berkata-kata kerana aku hidup untuk terus hidup, aku adalah aku...  oh yaaaaaa...


Indahnya...


Dan aku ingin sekali berada di tempat seperti ini untuk menenangkan jiwa dan fikiranku yang tengah serabut, ya Allah beri aku kekuatan... aku ingin sendiri untuk memahami semua ini...











Tuesday 7 June 2011

Lamanya... lamanya....

Napa??? coz lama nya nda hapdate blog... banyak dah entri kena skip, apa bole buat laaa kawan... huuuuuuuu =( Semenjak dua menjak ni, almaklum laaa cuti sekolah kan, duiiiiiiiiii ramai plak manusia2 yang naik jinjang pelamin kan, Tahniah yaaaaaa kalian, mereka, anda, kamu dan sesiapa yang selamat menempuh alam rumah tangga, dulu kala sorang jak, sekarang berdua, nanti plak bertiga berempat dan berlima...

Cincin ni pon ada pasangan ok...

Di sini juga aku mo ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada :

>>> Subaeda & Sudirman ( Smk Likas 2003 )

>>> Fandhy & Yanie ( Ex NSB ) My Very Best Engineer

>>> Shahsarwan & Mizah ( Elektronik, 1/2006 Ciast )

>>> Abg Salang & Pasangan ( Kg.Warisan )

>>> Lidyana & Pasangan ( Emcojuta, @ Tamparuli )

Dan juga kepada pasangan-pasangan pengantin yang lain.. alhamdulillah dan syukur atas kurniaan yang Allah S.w.t telah berikan... =) Aku.... hehehe coming soon ok... sabar geng.. nda lari gunung di kejar... 

And to my hubby ntah dia baca ka nda blog aku ni, mana u menghilang niiiii, nda dapat kesan ooooo, huhuhuhu....
to be continue... daaaaaaaaaaaa