Thursday 18 August 2011

Salam Jumaat Semua..

Dah ari ke-19 kita berpuasa, tak lama lagi nak raya, tapi seperti tahun-tahun sebelum ni hari raya aku hanya sambut sederhana saja, beberapa tahun abang-abangku tidak pernah balik beraya, sedih dooo... selepas ayah ku meninggal, dunia rasa gelap, suram... nasib baik mama ada.. segala-galanya bagi ku.. =) Luv u mom.. Terima kasih kerana ada setiap aku perlukan, terima kasih sebab mengandungkan dan melahirkan anak mu ini, terima kasih atas segala-galanya.. sungguh tidak terbalas segala jasamu di dunia mahupun di akhirat..



Kepada abang-abangku yang jauh di perantauan, aku amat berharap mereka ada bersama kami menyambut hari raya, tapi aku tahu jawapan nya.. HAMPA... Ya Allah, lindungilah kami sekeluarga di mana saja kami berada, amin.. Sedih memang laa, tak boleh nak cakap kan, bila tiba hari raya, aku, mama dan adik bongsuku sahaja laaa menjadi kan rumah ku riuh, gembira bertiga, tapi dalam hati masing-masing sedih.. Hidup sunyi.. dugaan.. bagi semua yang masih ada ibu dan bapa, sayangi laa mereka sebelum terlambat.. Sesungguhnya kasih dan sayang kedua ibu bapa kita tiada taranya..



Semoga keluargaku semua baik-baik sahaja.. miss u all..

No comments:

Post a Comment