Friday 12 August 2011

Tips menahan diri ketika berpuasa..

Assalamualaikum..

Dan hari ini adalah hari ke - 12 kita berpuasa, Jumaat yang pernuh berkah.. Aku di sini hanya ingin kongsi sahaja  tips-tips menahan diri tidak kira dari apa pon ketika berpuasa di bulan ramadhan ini...


*** Jadi yang pertama dan paling tinggi rating semestinya adalah menahan diri dari lapar dan dahaga, oh yaa aku tahu semua orang yang berpuasa memang terpaksa menahan lapar dan dahaga kan, untuk itu.. cara elak nya mudah saja, makan sahur laa weiiiii, dah tahu ko dah tak bole makan dan minum, haaaaa time sahur tu ko makan dan minum laaa sebanyak yang mungkin.. betul tak??? hehehe


*** Menahan diri dari emosi.. kan time puasa dah laa lapar + haus.. time-time ni juga laa orang nak suruh itu ini, pastu buat ko naik darah pun ada juga, kadang-kadang tu bukan kerja ko, ko plak yang kena buat.. come on laaaa, tak kan aku nak lekat plak Job Description aku kat notice board tu weiiiiii... haaaa ni aku rasa banyak juga yang kena kalau berstatus pekerja.. dan caranya mudah saja.. SABAR + REDHA = Hikmah.... Mungkin ada hikmah semua tu, kot-kot gaji ko naik ke, bos makin sayang ko ke.... jadiii sabar jer laaa yeee.. =)


*** Mesti nak jumpa Bf @ Gf @ Tunang korang kan.. ni lagi satu, aku pun suka juga, tapi takdelaa nak jumpa hari-hari kan, bosan gak aku nak tengok muka dia jer 24 jam.. untuk elak ni, kalau Bf @ Gf @ Tunang ko ajak kuar kan, ko cakap jer laa ko tengah sibuk masak padahal baru jer buka posa.. hahaha ko rasa-rasa dia percaya tak... ^_^''


*** Dan lagi satu tak tahan ni, nak balik awal jer, tak kisah laaa yang tengah belajar ker, kerja ker.. lau petang jer mesti fikir nak sampai rumah awal konon-konon boleh rehat laaa, tapi tak dapat laaa derrr, macam aku lagi nak hadap jem tuu kemain panjang bebenor.. ko buat jer rumah tepi opis ko tu haaa, senang cerita.. tak payah nak fikir balik cepat ke lambat.. 2 kali langkah jer, terus jumpa rumah ko.. betul tak..





Paling penting janganlaa nak menabur fitnah + mengumpat + mengeji.. sekarang kan LAGI PUASA...

Trimas yaaaa....  Selamat Beramal.. 

No comments:

Post a Comment